Friday 17 October 2014

TANDA TANDA KEKURANGAN PROTEIN

Posted by Unknown at 04:18

Protein adalah makromolekul yang terdapat di semua bahagian tubuh.

Protein berperanan dalam setiap fungsi tubuh, baik untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, menjaga tahap tenaga, perlindungan tubuh, serta metabolisme lemak dan karbohidrat yang diperlukan untuk penghasilan tenaga.

Walaupun tubuh menghasilkan protein sendiri, sumber protein dari makanan masih tetap diperlukan, terutama bagi orang yang sibuk dan kurang waktu berehat.

Berikut adalah beberapa tips untuk mengetahui apakah seseorang mengalami defisiensi (kekurangan) protein.

1. Periksa adanya kelemahan otot

Otot dalam tubuh terdiri daripada dua jenis protein yang disebut aktin dan miosin yang bekerja bersama sehingga memungkinkan terjadinya gerakan.

kumpulan ini juga yang pertama difokuskan oleh tubuh ketika terjadi kekurangan protein. Otot yang kekurangan protein akan cepat nyeri, kram, dan lemah.

2. Memeriksa berat badan

Penurunan berat badan mungkin menjadi berita baik bagi orang yang sedang dalam proses berdiet.

Tetapi kita harus berwaspada kerana penurunan berat badan mungkin juga bererti kekurangan protein terutama bila berat badan berubah secara mendadak.

Kekurangan protein dapat memicu edema yang ditandai dengan kelebihan cairan di berbagai bahagian tubuh terutama pada bahagian bawah kaki sehingga menyebabkan terjadinya pembengkakan.

3. Waktu penyembuhan luka

Jika kebetulan anda mengalami luka2, cuba anda perhatikan berapa lamakah prosea penyembuhannya.

Selain itu, kulit juga menjadi lebih sensitif terhadap sinar matahari dan dapat menyebabkan terjadinya ruam, kekeringan, dan kulit mengelupas.

4. Periksa kuku dan rambut

Rapuh dan munculnya semacam lapisan pada kuku merupakan tanda-tanda kuku tidak sihat.

Begitu juga halnya dengan rambut. rambut yang berhenti tumbuh, gugur, dan rambut bercabang merupakan gejala kekurangan protein yang perlu diberi perhatian..

5. Perhatikan tahap kekuatan tenaga anda sepanjang hari.

Keletihan sering dianggap sebagai akibat bekerja terlalu kuat, kurang tidur, atau terlalu banyak tidur.

Namun, kurangnya tenaga yang menyebabkan keletihan merupakan salah satu cara tubuh memberitahu bahwa Anda kekurangan protein.

Saranan..

Selalu perhatikan pola makan, terutama jika Anda seorang pengamal vegetarian.

Pastikan anda mengambil makanan yang tinggi kandungan protein didalam diet seharian anda..


sekiranya anda mempunyai kekangan waktu untuk menyediakan menu2 sihat anda boleh mendapatkan supplement yang banyak terdapat dipasaran sekarang..

anda juga mungkin boleh mencuba produk shaklee yang saya percaya setiap daripada anda pasti sudah pun kenal dan tahu akan kehebatan ESP..

saya pengedar sah shaklee.. sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mendapatkannya anda boleh hubungi saya di talian 019-2229059.. Azlina.. anda boleh call / sms / whatsapp / wechat..


0 comments:

Post a Comment

CERITA MENARIK

 

KeLuARgA Ku CeRiA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea