Sunday 19 October 2014

AKTIVITI HARI MINGGU KAMI

Posted by Unknown at 08:40

assalamualaikum dan salam ceria pembaca2 semua..  hari ni 19 october 2014 adalah hari yang memenatkan buat kami.. mana tak nya seharian kami sekeluarga berjimba..

nak story kisah petang tadi la.. sangat seronok bawa anak2 jalan2 walau hanya ke zoo taiping..  penat usah cerita la.. yang ada anak konfem tahu macam mana rasa melayan kerenah anak2.. anak2 yang tengah membesar memang lasak.. tu tanda anak2 tu membesar dengan ceria dan bijak..

yang sulung dah boleh harap dah.. jadual dia setiap hari pasti ada aktiviti yang mama dia susun.. kadang2 tolong jaga adik2 bila mama dia tak larat or tak sihat.. kat zoo tadi pun si abang ni la yang tolong usung barang.. babah dia pegang si kakak.. mama lak dukung adik..

kakak oh kakak.. hanya tahu nak makan je.. sikit2 mintak makan.. dah makan pun nak makan lagi.. nasib baik mama bekalkan japanese cotton cheese cake lebihan petang semalam punya.. masa kat zoo tu pun mama beli sweet corn in cup.. makan la wahai anak..

adik.. hurmmm... yang ni memang tak dok diam.. dari lam tram dia asyik nak bebas je.. mana boleh mama lepaskan adik.. nanti jatuh keluar dari tramp tu.. tramp tu tengah bergerak.. teruja betul si kecil ni tengok haiwan2 kat zoo tu.. lebih teruja lagi bila dia nampak playground kat situ..

lepas settle jenguk sahabat2 lam zoo tu bagi la anak2 main playground pulak.. rasanya 1st time kot si kecik Lu'lu Jannah ni main permainan kat playground.. seronok sungguh dia sampai tak nak balik.. terpaksa la dukung dia.. perit telinga tau dengar dia menjerit..

fuhhhh...!! hilang stress mama bila dengar hilai tawa anak2 main kat playground.. wajah2 kegembiran mereka jelas terpancar.. terasa sangat bermakna menjadi seorang ibu.. sayang korang ketat..

special thanks buat suami tercinta kerana sudi bawa kami jalan2.. lain kali boleh bawa lagi ye..

                **********************

nak selit iklan sket kat sini.. kalau anda berminat nak cuba supplement untuk kecergasan badan atau untuk kuruskan badan atau untuk penyusuan mahupun set hamil dan banyak lagi anda boleh hubungi saya dia 019-2229059.. saya sedia membantu anda..

salam sayang..

0 comments:

Post a Comment

CERITA MENARIK

 

KeLuARgA Ku CeRiA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea