Tuesday 21 October 2014

KEK PANDAN LAYER BUAT SI ANAK SYURGA

Posted by Unknown at 07:00

ok hari ni saya nak cerita tentang si anak syurga yang diberi nama MUHAMMAD NUH LUTHFI. lahir pada 3 march 2008.. saat kelahirannya memang sangat di nantikan kami semua lebih2 lagi mama dan babah nya.. mamanya mengalami kontraksi di tengah2 malam pada saat kita semua sedang lena.. Luthfi lahir pada lebih kurang jam 3 pagi melalui kaedah ceaserean.. saat Luthfi di lahirnya kami dikhabarkan seluruh badannya kebiruan kerana lewat dikeluarkan lalu di gegaskan ke NICU.

Para doktor pakar mengatakan bahawa dia mempunyai peluang 50 - 50 untuk hidup.. sekiranya dia berjaya melawan maut pun doktor sahkan bahawa dia tidak akan normal seperti kanak2 biasa kerana semua saraf2 otaknya telah mati.. tak perlulah saya ceritakan siapa yang salah.. akhirnya dengan izin Allah Luthfi berjaya survive dan semakin sembuh.. seperti kata doktor Luthfi bukan kanak2 normal atau erti kata lain Luthfi adalah anak istimewa (OKU Terlantar).  semoga syurga buatmu anak.. juga buat mama Luthfi kerana menjadi seorang ibu yang penyabar..

hari demi hari... bulan demi bulan.. tahun berganti tahun.. kini Luthfi telah berusia 6 tahun.. namun keadaannya masih sama seperti dulu.. terlantar.. antara makanan kegemarannya ialah kek pandan layer.. Luthfi sangat menggemarinya.. hari ni maktoknya nak pergi jenguk dia di negeri sembilan.. saya pun ambil kesempatan ni buat kek kesukaannya..

maklong buat kek tu khas untuk Luthfi sebab maklong tahu Luthfi suka.. terkejar kejar masa maklong tau demi untuk menyiapkan kek ni.. mana nak masak.. nak ambik abang danish skolah.. merempit cari bahan kek.. demi luthfi.. alamakkkk.. kek ni TERLAJAK MANIS la Luthfi sayang.. bukan Terlajak Laria ye... maklong ni bukan boleh excited.. nanti macam2 benda boleh jadi.. excited nak buat kek untuk Luthfi sampai maklong lupa nak masukkan gula tu sedikit sedikit.. maklong main tuang je sukatan tu.. adoiii..

ermmm.. Luthfi makan tau.. jangan tak makan.. maklong buat dengan penuh kasih sayang tu.. jangan muntah plak ye sebab terlebih manis.. entah bila kita akan jumpa ye Luthfi.. ecececehhh.. macam jauh sangat lak jarak kita kan.. macam la maklong ni duduk over the sea.. hahahahaha.. biar Allah je yang tentukan kerana Allah lah sebaik baik perancang.. maklong sayang Luthfi tau.. muuuaahhhh..

0 comments:

Post a Comment

CERITA MENARIK

 

KeLuARgA Ku CeRiA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea