Wednesday 29 October 2014

TESTIMONI

Posted by Unknown at 10:24 0 comments

kehamilan seringkali di kaitkan dengan sembelit.. kebanyakan ibu hamil selalunya akan melalui fasa sembelit di mana bakal ibu mengalami kesukaran membuang air besar.. perkara ini memang amat menyeksakan.. yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana seksanya terasa..

namun tidak bagi saya.. kerana saya mengamalkan supplement semulajadi yang selamat dari shaklee iaitu ostematrix.. kandungan magnesiumnya membantu melawaskan dan membuatkan pembuangan menjadi lancar..

hanya dengan pengambilan 4 kapsul sehari sebelum tidur dan pembuangan lancar keesokkan harinya.. masalah sembelit dapat di atasi..

si sini juga saya sertakan testimoni pengguna ostematrix ketika hamil.. sekiranya anda tidak hamil jangan risau... supplement ini sesuai untuk semua peringkat umur dari 7 tahun hingga ke warga emas.. malah jika tiada sembelit pun pengambilan kalsium sangat digalakkan.. lebih2 lagi bagi kaum wanita yang semakin meningkat usia.. semakin usia kita meningkat kita akan kehilangan kalsium setiap hari..

bagi yang tidak gemarkan susu seperti saya amat sesuai mengambil kalsium dalam bentuk tablet seperti ini kerana ianya lebih selamat.. tiada pewarna mahupun perasa tiruan..

sukar menelan pil? jangan bimbang sebab tablet kalsium ni mudah ditelan sebab ia licin.. tak de la sangkut2 kat kerongkong.. lancar je masuk lam perut.. hehehe.. saya la tu orang yang susah nak telan pil.. tapi dengan ostematrix shaklee ni tak de masalah ye.. memang mudah..

jom la grab 1 untuk anda.. bagi hadiah kat ibu atau bapa pun ok jugak.. dah berusia memang sering sakit2.. untuk kesihatan mereka juga.. insan yang bersusah payah membesarkan kita selama ni.. tanpa mereka tiada la kita pada hari ini..

sekiranya anda berminat boleh hubungi saya selaku penhedar sah shaklee anda melalui no 019-2229059.. puan azlina.. boleh call / sms / whatsapp / wechat.. mana2 je yang mudah dan jimat bagi anda.. talian saya aktif 24 jam.. semestinya setiap pembelian akan disertakan dengan exclusive consultation.. khas untuk customer saya..

salam sayang..

Monday 27 October 2014

SEMOGA SELAMAT MELAHIRKAN

Posted by Unknown at 10:58 0 comments

assalamualaikum..

28/10/2014
01:24

di kesempatan ini saya nak ucapkan semoga adik ipar saya Aiyu Suryani selamat melahirkan bayi sulungnya di hospital segamat..

belum pun setahun beliau kahwin dan nak lahirkan anak ye.. tu namanya rezeki dari Allah Taala.. bunting pelamin.. angah dulu nak dapatkan danish setahun lebih mencuba.. nak dapatkan si arissa pulak 5 tahun.. tapi kalau Allah kata dia nak bagi kita tak mintak pun kita dapat.. arissa blom setahun pun dah lekat si adik Lu'lu jannah ni.. tu semua rahsia Allah..

selama 9 bulan mengandungkan zuriat azrin saya pasti beliau melalui banyak rintangan.. rasa sakit.. rasa tidak selesa.. kesukaran bernafas.. tiada selera makan.. keinginan atau mengidam sesuatu.. sukar bergerak.. sukar untuk tidur.. macam2 lagi la.. ibu2 yang hamil je yang mengetahui macam mana rasa segala dugaan tu.. namun kata orang dugaan tu sebagai penghapus dosa.. besar ganjaran bagi ibu yang mengandungkan zuriat suaminya..

semoga Allah permudahkan segala urusan aiyu dan suami serta selamat both mummy and baby..

nanti berpantang tu betul2 tau.. jangan nak culas plak.. bukan untuk siapa pun.. untuk diri sendiri ngan suami jugak.. angah ni kalau ada pilihan nak sangat berpantang cara orang kampung.. tapi apakan daya.. bersalin pun kena ceaser.. kat bandar plak tu.. segala macam bahan, rempah, rumput rampai bagai mana nak cekau.. berurut pun bukan bleh suka2.. ni lu'lu dah setahun setengah baru sekali angah berurut.. wat syarat je..

bab makan plak kena pantang gak.. jangan jadi cam angah.. main bedal je.. bila sakit2 badan mula la nak nangis.. kak cik la kena urut angah masa pantangkan si danish.. masa tu cetek akal lagi.. pegi belasah kobis siapa suruh kan.. konon kuat la.. tapi tak pe kak cik ko kan tukang urut.. muahahahaa.. nanti bila ayu dah abis pantang angah buatkan kek coklat moist tu lagi ye.. jangan risau banyak lagi masa.. take time.. dalam pantang tu masa untuk spent time ngan baby.. kek tu bila2 masa je boleh dapat..

kalau ada rezeki angah pegi melawat ayu lam pantang nanti angah bawak la kek tu.. ayu tengok je la dulu ye.. hahaahah.. jangan marah tau..

ok la.. angah nak tido la.. si kecik ni dah berapa kali merengek.. berdebar angah tunggu ayu bersalin.. teruja..

selamat melahirkan.. selamat berpantang.. kitorang nak makan sedap2 nanti.. kehkehkeh..

miss u ya.. take care..

salam sayang..

SET UNTUK PELAJAR

Posted by Unknown at 10:13 0 comments

assalamualaikum adik2 dan pembaca semua..

adakah anda seorang pelajar atau ibu / bapa kepada pelajar ataupun kakak / abang kepada seorang pelajar? setiap dari kita yang bergelar pelajar memang menggalas tanggungjawab yang besar.. sudah tentu untuk membahagiakan dan membanggakan kedua ibu bapa kita dan insan2 tersayang di sekaliling kita..

sebagai seorang pelajar kita tidak akan dapat lari dari mengalakan tekanan atau lebih dikenali sebagai stress (kata muda mudi zaman sekarang.. english kan bahasa yang sangat penting sekarang ni).. seringkali juga para pelajar tidak mendapat tidur yang cukup dek kerana menyiapkan assignment yang semakin suntuk waktunya untuk dihantar kepada pensyarah.. bukan satu atau dua.. kadang2 mencecah 3 atau 4 assignment.. masa yang diberikan juga kadangkala amat terhad.. maunya tak stress..

oleh kerana assignment yang bertubi tubi minta disiapkan kadangkala otak pun jadi tepu.. sampai 1 tahap tak tahu nak tulis apa.. puas memikir apakah idea atau point yang sesuai untuk dijadikan bahan assignment.. memang menguji perasaan.. hehehe.. saya pun pernah mengalaminya suatu ketika dulu..

di sini saya sarankan anda sebagai pelajar atau penjaga kepada sorang pelajar mengambil set untuk pelajar.. tak banyak.. ada 2 je.. gabungan ini sangat sesuai untuk mengatasi mood swing dan meningkatkan tahap kecerdasan otak..

set yang saya maksudkan terdiri daripada lecithin yang berperanan meningkatkan tahap kecerdasan pada otak dan vitamin b complex yang berperanan mengawal mood swing atau stress anda.. semestinya produk terbaik dari shaklee..

untuk mendapatkan set ini anda boleh menghubungi saya di talian 019-2229059.. puan azlina.. anda boleh call / sms / whatsapp / wechat.. pm saya segera untuk mendapatkan set anda..

salam sayang

SET UNTUK TIDUR LEBIH LENA

Posted by Unknown at 09:43 0 comments

assalamualaikum.. untuk entry kali ini saya nak share dengan pembaca semua tentang tips2 untuk mendapatkan tidur yang lena..

7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena

Masalah tidur selalunya dihadapi oleh golongan dewasa atas faktor umur dan persekitaran. Tidur yang tidak berkualiti akan menjeaskan aktiviti seharian kerana ia menyebabkan kita berasa cepat letih dan lesu serta tidak bermaya.

Terdapat pelbagai faktor yang dapat menganggu tidur yang nyenyak seperti tekanan di tempat kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga, masalah perhubungan atau penyakit. Sebab itu tidur yang berkualiti kadangkala sangat susah untuk diperolehi.

Walaupun kita tidak dapat mengawal segala faktor yang menggangu tidur, kita boleh melakukan tabiat yang dapat membantu tidur yang lena, bermula dengan tips seperti berikut:-

1. Pilih untuk tidur secara berjadual

Masuk tidur dan bangun dari tidur pada masa yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu dan hari cuti! Menjadi konsisten akan mengukuhkan kitaran tidur-bangun anda dan dapat membantu ke arah tidur yang lebih nyenyak. Jika anda tidak dapat tidur dalam masa lebih kurang 15 minit, bangunlah dan lakukan sesuatu yang menenangkan. Pergi masuk tidur semula apabila anda berasa letih. Jangan memaksa diri untuk tidur kerana semakin dipaksa, ia akan menjadi semakin sukar untuk terlelap.

sleep1 7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena

2. Beri perhatian terhadap apa yang anda makan dan minum

Jangan masuk tidur dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang. Ketidakselesaan anda mungkin akan menyebabkan ada terus berjaga. Juga hadkan kuantiti minuman yang diminum sebelum tidur, untuk menghindari gangguan tidur tengah malam iaitu sering berulang-alik ke tandas.

Nikotin, kafein dan alkohol perlu juga diberi perhatian. Kesan rangsangan nikotin dan kafein — yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang  — boleh merosakkan tidur yang berkualiti. Dan walaupun alkohol mungkin dapat membuatkan anda berasa mengantuk pada awalnya, ia dapat menggangu tidur pada waktu tengah malam.

3. Lakukan aktiviti ritual sebelum tidur

Lakukan perkara yang sama setiap malam untuk memberitahu tubuh anda bahawa sudah tiba masanya untuk berehat. Ini mungkin termasuklah mandi, membaca buku, atau mendengar muzik yang menenangkan  — dengan lampu yang malap atau dipadamkan terus. Aktiviti yang menenangkan boleh membantu tidur yang lebih baik dengan meringankan peralihan diantara terjaga dan mengantuk.

Tetapi, waspada dengan menggunakan TV atau alatan elektronik yang lain sebagai ritual sebelum tidur anda. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa skrin, dan media lain yang digunakan sebelum tidur boleh menggangu tidur.

4. Pastikan keselesaan

Cipta bilik tidur yang sesuai untuk tidur. Lazimnya, ini bermakna bilik yang nyaman, senyap dan gelap. Cuba pertimbangkan untuk menggunakan langsir yang boleh menggelapkan bilik, kipas angin dan alatan lain yang dapat mencipta susana yang sesuai dengan keperluan anda.

Tilam dan bantal anda juga dapat membantu ke arah tidur yang lebih baik. Pilih bantal, selimut, tilam, cadar yang dirasakan paling selesa untuk anda. Jika berkongsi katil, pastikan terdapat ruang yang mencukupi bagi kedua-duanya. Jika anda mempunyai anak-anak atau haiwan peliharaan, tetapkan had mengenai seberapa kerap mereka boleh tidur dengan anda atau pun pilih untuk asingkan tempat tidur mereka.

5. Hadkan masa tidur siang

Tidur siang yang berpanjangan dapat menggangu tidur malam anda — terutamanya jika anda menghidapi insomnia atau tidur yang tidak berkualiti. Jika anda memilih untuk tidur di siang hari, hadkan masanya ke 10 atau 30 minit dan lakukannya semasa tengahari.

Jika anda bekerja pada waktu malam, anda perlu membuat pengecualian terhadap peraturan untuk tidur siang. Dalam kes ini, pastikan tingkap anda ditutup rapat supaya cahaya matahari tidap menggangu tidur anda ketika waktu siang.

6. Masukkan aktiviti fizikal ke dalam rutin harian

Aktiviti fizikal secara kerap dapat membantu tidur yang lena, membantu anda tidur dengan lepih cepat dan menikmati tidur yang nyenyak. Masa juga mamainkan peranan yang penting. Jika anda bersenam hampir dengan masa tidur, anda mungkin akan berasa terlalu bertenaga untuk tidur. Jika ini menjadi satu permasalahan kepada anda, bersenamlah pada waktu awal hari.

7. Uruskan tekanan

Jika anda mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, tidur anda pasti akan terganggu. Untuk membantu mengembalikan semula ketengan dalam hidup, cuba pertimbangkan cara yang sihat untuk menguruskan tekanan. Benarkan diri anda untuk berehat apabila anda memerlukannya. Kongsi jenaka bersama rakan-rakan. Sebelum tidur, catakan apa yang berda dalam fikiran anda da

Sumber: 7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena - Fuh.My

** tambahan : di sini saya juga nak tambah satu lagi tips untuk anda mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.. lebih2 lagi bagi mereka yang sentiasa mempunyai kekangan waktu untuk melakukan aktiviti ritual mahupun memberi perhatian kepada apa yang kita makan..

selalunya jika anda mengalami sakit2 badan pasti anda akan mengalami kesukaran untuk tidur dan pastinya akan membuatkan anda kekurangan tenaga pada keesokkannya..

saya sarankan anda mengambil kalsium dan vitamin b complex.. pilihan saya semestinya shaklee kerana ianya selamat dah lebih semulajadi.. anda boleh mengambil 4 biji ostematrix shaklee bersama 2 biji b complex shaklee..  fungsi ostematrix adalah untuk memberikan anda rasa selesa dan mengurangkan rasa sakit2 pada bahagian tubuh badan.. b complex pula berperanan untuk memberikan anda tenaga apabila anda bangun tidur pada keesokkan hari.. tak percaya? cuba dulu baru tahu... saya dah cuba.. memang sangat terasa perbezaannya.. rasa segar je waktu bangun tidur dan bertenaga untuk melakukan rutin harian saya sebagai surirumah sepenuh masa..

berminat? boleh hubungi pengedar sah shaklee anda atau hubungi saya selaku pengedar sah shaklee anda di 019-2229059.. puan azlina..

salam sayang

PENTINGNYA KESIHATAN GIGI

Posted by Unknown at 01:38 0 comments

Berapa ramai di antara kita yang risau jika terlupa menggunakan floss sebelum tidur? Berapa ramai pula yang tahu bahawa sebaik sahaja bayi anda telah mendapat gigi pertamanya, dia sepatutnya dibawa berjumpa dengan doktor gigi? Berapa ramai yang menyangka bahawa mulut dan gigi mereka sihat bila mana mereka tidak mengalami sebarang kesakitan mulut ataupun gigi? Sejauh mana sebenarnya pengetahuan asas anda tentang kesihatan oral (mulut dan gigi)?

Tidak dinafikan, kesihatan mulut dan gigi jarang mendapat perhatian kita  berbanding bahagian badan yang lain. Kita sering ‘terlupa’ kehadiran gigi walaupun kita menggunakannya setiap hari, sehinggalah kita tersedar ‘kehadiran’ nya bila berlaku sesuatu pada gigi kita. Tatkala itulah baru gigi mendapat perhatian khusus dan sejumlah wang yang besar sanggup dikeluarkan untuk merawat gigi.


Fenomena sebegini tidak asing lagi dalam masyarakat kita di Malaysia dan ini mencerminkan kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya kesihatan gigi. Samada kesedaran individu mahupun peranan kerajaan dalam menyebarkan kempen dan menyediakan prasarana, semua pihak sepatutnya memainkan peranan masing-masing. Apa kata, anda yang sedang meneliti artikel ini mulakan dengan diri sendiri untuk mempraktikkan penjagaan oral yang optimum, dan selepas itu sebarkan kesedaran kepada orang sekeliling, dan yang penting menerapkan kepentingan kepada anak-anak kita sejak usia yang mentah. Lenturlah buluh sejak dari rebungnya.

Untuk pengetahuan anda, dengan penjagaan oral yang baik, anda kemungkinan besar dapat mengelak dari menjalani prosedur menampal gigi dan cabutan gigi untuk seumur hidup anda! Ya, untuk hidup seumur hidup anda bebas dari sebarang tampalan gigi; sesuatu yang bukan mustahil. Bunyinya menarik bukan? Siapa yang suka debaran berjumpa doktor gigi dan kemudian terpaksa pula membayar jumlah yang mahal untuk temujanji yang menyeksakan itu.

Untuk itu, berikut saya senaraikan tips penjagaan oral yang mudah, efektif, dan praktikal untuk dilakukan sendiri setiap hari.


Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda

Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk  membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.  Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!
Penting untuk tahu bahawa bahagian yang paling penting untuk diberus adalah kawasan sempadan gigi-gusi kerana di situlah bakteria berkumpul dan membentuk plak. Kerana itulah cara yang direkomendasi adalah untuk menghalakan berus 45 darjah ke arah gusi,  manakala gerakan memberus secara melintang tidak digalakkan kerana anda tidak dapat memastikan kawasan sempadan gusi ini dibersihkan walaupun anda memberus dengan semangat berkobar-kobar sampai gusi pun berdarah.

Anda sangat sukakan mouthwash dan merasakan gigi anda sangat bersih setelah berkumur dengan mouthwash, dan tidak dapat hidup tanpanya? Hati-hatilah, ada banyak kajian yang menunjukkan kandungan alkohol di dalam moutwash (peratusannya lebih tinggi dari alkohol di dalam beer atau wine!) ada kaitan dengan kanser mulut. Dan tiada pula kajian yang dapat mengaitkan penggunaan mouthwash dengan peningkatan kesihatan mulut kerana perkara utama adalah membersihkan gigi dengan memberus dan flossing. Bagi kita yang beragama islam pula, harus diketahui bahawa kandungan alkohol di dalam mouthwash adalah dari jenis yang boleh memabukkan, dan kita dilarang walau meminum setitik ‘arak’, jadi bagaimana untuk kita menggunakan mouthwash tanpa was-was? Jika terlalu bergantung dengan mouthwash, saya sarankan penggunaan mouthwash tanpa kandungan alkohol.

Mungkin tidak terlambat untuk saya berkongsi artikel dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Mei tentang kajian yang mengaitkan kesihatan mulut yang rendah dengan penyakit jantung. Kajian itu bukanlah yang pertama seumpamanya, dan fakta itu adalah sesuatu yang kukuh dan sudah establish di kalangan pengamal pergigian.

Pesanan dari saya, jagalah kesihatan gigi anda!


Dr Aini Hayati bt Abdul Rahim
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang

tambahan: si samping menjaga kebersihan dan kesihatan mulut dan gigi pengambilan kalsium sangat digalakkan.. kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kerosakan pada gigi.. begitu juga bagi ibu hamil.. ibu hamil sangat di galakkan mengambil kalsium kerana pembentukan tulang bayi memerlukan kalsium.. sekiranya si ibu kekurangan kalsium akan menyebabkan si ibu mengalami kesakitan pada gigi dan boleh menyebabkan gusi berdarah..

bagi anda yang sukar meminum susu anda sangat di galakkan mengambil kalsium dalam bentuk tablet.. ostematrix shaklee merupakan kalsium yang di keluarkan khas.. selain itu ia juga mengandungi magnesium yang membantu anda melawaskan pembuangan.. tiada lagi sembelit lebih2 lagi bagi ibu hamil dan berpantang..

sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kalsium untuk kesihatan gigi dan tubuh badan anda boleh hubungi saya.. 019-2229059.. puan azlina..

jangan berlengah lagi kerana kalsium sangat penting buat kita.. dapatkannya segera.. untuk diri sendiri.. untuk ibu bapa.. untuk adik beradik ataupun saudara mara..

salam sayang..

Sunday 26 October 2014

APA ITU PENYAKIT SLE

Posted by Unknown at 21:29 0 comments

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE):

Panduan untuk Pesakit

Fakta Ringkas
Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:
Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
Siapakah Yang Mendapat SLE?
Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.
Adalah dianggarkan di Amerika Syarikat seorang dalam 2,000 mengidap SLE. Di Jamaica pula di anggarkan seorang dalam 250 orang mengidap SLE. Setakat ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang statistik untuk pengidap SLE. Ini adalah disebabkan SLE mempunyai pelbagai gejala dan melibatkan pelbagai disiplin, akibatnya penyakit ini amat sukar untuk dikesan.

Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.

Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
Demam, keletihan, dan penurunan berat badan

Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu

Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung

Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari

Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan

Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)

Sawan, strok dan gangguan mental
Risiko untuk mendapat darah beku
Kerap keguguran bayi

Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang

Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut

Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Bagaimana Untuk Mengesan SLE?
Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.

Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilapurkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosa yang tepat.

Tidak ada satu sahaja kajian untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat. Malah ianya memerlukan beberapa ujian darah dan air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh. Kebanyakan pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear. Namun demikian ada penyakit auto-imun dan jangkitan lain juga mempunyai antibodi antinuklear. Kadang kala orang yang sihat juga mempunyai antibodi antinuklear.

Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE.
Biopsi ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosa SLE dan ini dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu organ yang terlibat misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya. Ada juga sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid). Jika seorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini, terutama pesakit wanita yang hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi. Kesemua ujian-ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu membuat diagnosa. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosa SLE.

Selain itu, ujian biasa yang selalu dilakukan untuk memantau perkembangan penyakit SLE adalah “FBC” (Full Blood Count), “blood chemistry”, “ESR” (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting. Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil “complement”. Keputusan ujian darah “ESR” bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras “complement” darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare). Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ-organ lain yang terjejas.

Bagaimanakah SLE boleh dirawat?
Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

sumber dari : www.lupusmalaysia.org

VIVIX SI TONIK AJAIB

Posted by Unknown at 21:02 0 comments

apa itu vivix?

Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi.

Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix, iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wain merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim).

siapa pula yang memerlukan vivix...
Antara golongan yang memerlukan VIVIX ialah

- yang mengidap kanser atau yang berisiko mendapat kanser

- pengidap kencing manis / diabetes
pengidap darah tinggi

- SLE

- gout

- Nyanyuk

- yang ada masalah jantung

- kolesterol tinggi

- perokok tegar

- ketagihan alkohol

- ketagihan dadah

- masalah pengllihatan

- strok / angin ahmar

- wanita yang mengidap cyst

- ketahanan badan yang lemah

- anti-penuaan / mereka yang tampak berusia dari usia sebenar / awet muda

- pengidap asma

- yang ingin menurunkan berat badan
masalah sendi / tulang

- masalah saraf

sekiranya ada di antara anda atau ibu bapa atau saudara mara yang mempunyai masalah ini cepatlah bertindak. Jangan biarkan masalah ini menyekat pergerakan dan kegembiraan mereka. Gembirakan lah mereka sementara mereka masih ada. vivix ini hanyalah sumbangan kecil untuk ibu dan ayah kita yang bersusah payah menjaga dan mendidik serta membesarkan kita dari kecil lagi.

Pencegahan awal sangat lah digalakkan.

berminat boleh call / sms / whatsapp / wechat : 019-2229059  puan azlina

salam sayang..

KEBAIKAN DAN MANFAAT COQ HEALTH SHAKLEE

Posted by Unknown at 20:43 0 comments

alhamdulillah sepanjang saya bergelar SID banyak manfaat yang telah saya dan keluarga terima.. kesihatan kami sekeluarga semakin hari semakin membaik dan hidup lebih cergas..

di sini saya ingin kongsikan dengan anda tentang kebaikan dan manfaat coq health keluaran shaklee mari kita semak peranannya..

Kesihatan Jantung:
Berperanan untuk merawat dan mencegah penyakit kardiovaskular termasuklah atherosclerosis (arteri tersumbat)
Mengurangkan kekerapan angina episodes dan menguatkan otot jantung.
Meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang mengalami kegaglan jantung kongesif
Berpotensi untuk merendahkan tekanan darah secara semulajadi

** pesakit jantung seringkali dikaitkan dengan perokok.. jadi ianya sangat lah sesuai di ambil bagi perokok.. jika anda salah seorang dari mereka yang merokok apa kata anda mencuba produk ini.. ngeee..

Untuk Kanser:
Doktor menggunakan Co-Q10 untuk merawat kanser payudara dan berperanan untuk menyokong kesihatan pesakit yang menjalani kimoterapi.

** bagi pesakit kanser pula tidak salah sekiranya coq health ini dijadikan salah satu rawatan alternatif kan.. bukan untuk siapa pun.. untuk diri kita dan keluarha juga.. siapa tak nak sembuh dari penyakit kanser..

Untuk Diabetes:
Co-Q10 membantu untuk memperkayakan pengeluaran insulin. 

** pesakit diabetes seringkali mengalami kegagalan penghasilan insulin dalam badan.. sehingga setiap waktu anda perlu mengambil suntikan untuk menghasilkan insulin.. apa kata anda cuba coq health ini juga.. jangan takut.. ianya selamat kerana ia adalah vitamin semulajadi..

Untuk kesihatan gigi:
Digunakan untuk membantu merawat symptom muscular dystrophy dan penyakit gusi.

Kesihatan Mental:
Kajian menunjukkan ada perubahan yang baik bagi pesakit Parkinson yang menggunakan supplemen Co-Q10.

Untuk Pengurangan Berat:
Kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis yang Co-Q10 membantu untuk turunka berat badan. Kajian menunjukkan kira-kira berkurangan 50% apabila pesakit obesity menggunakan Coenzyme Q10 dalam tubuh badan.

**  bagi mereka yang sedang mengamalkan diet juga sesuai mengambil produk ini sebagai tambahan.. kerana kita sering mengalami keletihan sekiranya kita kekurangan nutrien.. jadi coq healt ini membantu anda mengawal keletihan dan meningkan tahap tenaga anda.

Kesuburan Lelaki:
Co-Q10 membantu untuk meningkatkan jumlah sperma dan meningkatkan kadar pensenyawaan.

** salah seorang sahabat saya pernah menjalani rawatan kesuburan di salah sebuah hospital swasta.. doktornya menyarankan belia mengambil coq health bagi meningkatkan tahap kesuburan beliau..

8. Untuk Ubat Kolestrol (cholesterol drug):
Co-Q10 boleh membantu melindungi kesan sampingan pengambilan ubat seperti beta blockers dan antipsychotics. Tetapi pengambilan lebihan drugs boleh mengganggu sintesis Coenzyme Q10.

di sini saya sertakan Kelebihan coq health (Coenzyme Q10) :

- Mengukuhkan otot-otot jantung.

- Menyokong keupayaan mengepam darah.

- Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

- Menyumbang dalam pengekalan paras tekanan darah yang sihat atau normal.

- Satu antioksidan yang kuat, maka ia memainkan peranan dalam mengekalkan awet muda.

- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

sekiranya anda salah seorang yang mengalami masalah2 seperti dia atas jangan bertangguh lagi.. dapatkan segeran supplement semulajadi ini dari pengedar shaklee yang berdekatan anda atau boleh hubungi saya melalui call / sms / whatsapp / wechat di

019-2229059
azlina

salam sayang

Friday 24 October 2014

KELEBIHAN DAN MANFAAT OMEGA GUARD

Posted by Unknown at 13:48 0 comments

antara banyak2 produk shaklee yang mendapat permintaan tinggi adalah omega guard.. serius.. saya tak tipu tau.. memang bagus sampai kadang2 sampai habis licin la stok kat branch ngan hq.. penangan omega guard la katakan..

ok antara sebab kenapa saya sarankan anda memilih Omega Shaklee!

1. Proses Penyulingan Molekul Berperingkat

Minyak ikan Shaklee melalui proses penyulingan berperingkat untuk memastikan ianya selamat daripada logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCBs (polychlorinated biphenyls) dan lain-lain.

Tahukah anda bahawa kebanyakan minyak ikan di pasaran mengandungi PCBs yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser? Anda boleh merujuk website Fish Oil Safety untuk info lanjut.

Selain daripada memastikan ianya 100% selamat, proses ini juga:

Memekatkan (concentate) & menulenkan (purity) lemak Omega-3
Mengurangkan oxidation dan pembentukan lemak trans (trans fat)
Mengurangkan bau & rasa hanyir


2. Minyak Ikan Kecil di Lautan Dalam

Minyak ikan Shaklee diambil daripada ikan-ikan kecil di lautan dalam yang sejuk kerana ikan-ikan di kawasan tersebut tidak terdedah kepada pencemaran & toksik seperti merkuri.

Kajian juga menunjukkan bahawa ikan di lautan sejuk mempunyai kandungan Omega-3 yang lebih tinggi ;)

3. Kandungan Omega-3 Yang Lengkap

OmegaGuard Shaklee lengkap dengan kesemua 7 jenis asid lemak Omega-3 yang diperlukan oleh badan termasuklah DHA & EPA.

Kajian membuktikan bahawa DHA & EPA membantu:

Mengurangkan risiko penyakit jantung
Mengawal kandungan kolestrol di dalam badan

Memastikan tekanan darah normal
Memelihara mata, otak & sendi
Untuk wanita yang mengandung & ibu yang menyusu, DHA & EPA sangat penting untuk pembentukan otak bayi serta pembinaan imun sistem mereka.

Disebabkan badan tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 dengan sendirinya, maka adalah sangat penting untuk kita mengamalkan supplement Omega.

4. Kandungan DHA & EPA Yang Lebih Tinggi

Mengikut kajian yang telah dibuat, OmegaGuard Shaklee mempunyai kandungan DHA & EPA yang lebih tinggi berbanding jenama lain.

5. 100% Semulajadi

Minyak ikan Shaklee adalah 100% semulajadi; tiada perasa & pewarna tiruan serta tiada bahan pengawet.

Oh, jangan risau. OmegaGuard Shaklee adalah halal .

jeng jeng jeng... Apa kebaikan Shaklee Omega Guard?

Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

Mencegah pembekuan darah dalam badan, mencegah salur darah dari tersumbat dan mengelakkan strok
Mengekalkan tekanan normal darah dan mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala

Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan (cepat kenyang dan kurang nafsu makan) memberi kesan hebat dalam proses pelangsingan badan

Sangat bagus untuk ibu hamil kerana membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin

Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak terutama yang sering demam, selesema, batuk berkahak, asthma dan ekzema.

Membantu menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis

Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)

Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik

Memelihara fungsi-fungsi sendi, mengatasi kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan

Mencegah penyakit gout dan insomnia

Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan terutama mengelakkan meroyan di kalangan ibu dalam pantang

Mengurangkan masalah schizophrenia

wooowowowowo... banyak kan kebaikan omega guard shaklee ni.. barang yang baik so manfaatnya pun baik la untuk tubuh badan.. alah membeli memang memakan.. hahaha.. pandai2 plak mengubah peribahasa.. eh betul ke peribahasa.. apa2 je lah..

sekarang jom kita semak siapakan yang disarankan mengambil omega guard shaklee ni..

Ibu Hamil
Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu
Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak

Minyak Ikan Omega Guard Shaklee untuk anak yang mudah dapat sakit semam, batuk dan selesema

Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
Batuk berkahak, selesema berterusan
Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
Sakit Stroke.

sekiranya anda berminat dengan omega guard shaklee ni boleh hubungi saya dengan kadar segera..
call / sms / whatsapp / wechat : 019-2229059
azlina..

jangan tunggu tau.. kalau habis kang gigit jari la..

salam sayang..

MANFAAT NUTRIFERON SHAKLEE

Posted by Unknown at 13:16 0 comments

antata produk keluaran shaklee yang mendapat permintaan tinggi ialah nutriferon sehingga seringkali out of stcok di semua branch dan hq. pengambilan nutriferon ni bagi saya antara supplement yang sangat penting.. kadang2 kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk memanjakan diri bilamana perlbagai urusan kita perlu uruskan sehingga kesihatan diri sendiri pun sukar dititikberatkan.. sesekali kita perlu juga reward diri sendiri.. kalau kesihatan kita baik makan mudah la kita nak buat kerja yang macam2 yang sampai bila pun takkan habis..

nak tahu apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

ini pula antara kebaikan dan manfaat nutriferon..

1. Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sist. Imun tubuh.

2. Melindungi dari influenza.
Melindungi dengan berkesab drpd virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.

3. Meringankan stress dan kelesuan.
Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.

Siapakah yang perlukan Nutriferon?

1. Mereka yang ingin kekal sihat

2. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan

3. Individu yang selalu stress

4. Ibu yang menyusukan anaknya

5. Individu yang mengamalkan makan makanan secara tidak seimbang dan kehidupan yang aktif

6. Mereka yang banyak travelling & sentiasa bergerak

7. Sesiapa yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah (biasanya, mereka ini mudah akan terjangkit, apabila orang sekeliling mereka tidak sihat)

8. Sesiapa yang mengidap selesema, demam, kanser / asma

Sekiranya anda kerap demam dan mudah jatuh sakit, bolehlah mula mengambil nutriferon sebagai perisai kepada segala serangan tersebut. Jika bayi kecil anda juga mudah demam dan anda menyusukannya, anda sebagai ibu boleh mengambil 1 sachet nutriferon samada dibancuh dengan apa2 minuman kegemaran atau diratah begitu sahaja dan teruskan penyusuan seperti biasa.. khasiat nutriferon juga boleh disalurkan melalui susu ibu.. apa yang anda makan segalanya disalurkan melalui susu kepada bayi anda.. tak susah kan?

bagi yang ingin mendapatkannya anda boleh terus hubungi saya selaku pengedar sah shaklee anda samada melalui call / sms / whatsapp / wechat: 019-2229059
puan azlina..

KATAKAN TIDAK KEPADA PANADOL

salam sayang..

PUNCA MASALAH BAU BADAN

Posted by Unknown at 12:51 0 comments

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.

Dalam pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh manakala selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini mudah disingkirkan jika ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

“Bau badan dicipta oleh hormon yang dipanggil pheromones tetapi jika dibiarkan, hormon semula jadi ini akan mengeluarkan bau lebih kuat apabila kelenjar peluh atau apocrine mula dijangkiti bakteria.

“Selalunya masalah ini dialami mereka yang menjangkau usia akil baligh atau peringkat remaja kerana mengalami perubahan hormon dan menjalani gaya hidup sihat,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu di Kuala Lumpur, baru- baru ini.

Dalam kalangan kanak- kanak, bau badan kerap dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 hingga 16 tahun, manakala remaja lelaki dari 15 hingga 17 tahun.

Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan pedas dan memakan ubat khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berdepan masalah bau badan.

Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang diambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan.

Menurutnya, setiap individu ada bau badan yang terhasil daripada peluh. Peluh adalah sebahagian daripada proses semula jadi dalam tubuh badan manusia.

Selain itu faktor genetik, penyakit kencing manis, tiroid, masalah ginjal dan hati juga antara penyumbang kepada bau badan.

“Dalam tubuh badan manusia ada dua jenis kelenjar yang menghasilkan peluh iaitu kelenjar eccrine dan apocrine. Kelenjar eccrine bertanggung jawab terhadap proses berpeluh, yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh serta bertujuan mengawal suhu badan, selain membuang bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

“Manakala kelenjar apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan keruh serta menimbulkan masalah jika kuantitinya lebih banyak daripada kelenjar eccrine.

“Kelenjar ini berada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan tempat sulit. Ia mengandungi sebum bahan berlemak iaitu peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar apocrine,” katanya.

Menurutnya, faktor pemakanan juga antara yang menyumbang ke arah bau badan. Antaranya rempah ratus dan bawang putih, selain banyak minum kopi atau minuman berkafein yang berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, sama ada lelaki atau perempuan.

“Bagi mengelak perkara ini berlarutan, paling penting jaga kebersihan dan makan. Mandi dua kali sehari antara perkara mudah yang biasa dilakukan. Elakkan juga mengambil makanan mengandungi rempah ratus terlalu kuat.

“Selain itu, cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya. Pemakaian deodoran mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus,” katanya.

Tambahnya, masalah bau badan juga mungkin dianggap ringan bagi sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah ini mampu menjadi besar jika tidak dibendung segera.

“Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan aspek terpenting yang perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana apabila berlarutan, ia mampu menyebabkan hilang keyakinan diri dan malu, selain membataskan kegiatan sosial.

“Paling ditakuti, bau badan juga mampu memberi impak terhadap kehidupan peribadi. Misalnya, sukar mencari jodoh atau bagi pasangan berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan suami isteri,” katanya yang menasihati orang ramai supaya memberi perhatian terhadap kebersihan diri.

sumber dari harian metro..

Artikel ini disiarkan pada : 9/3/2013

salam sayang..

KEPENTINGAN MULTIVITAMIN

Posted by Unknown at 12:27 0 comments

Vitalea - Multivitamin & Multimineral

 

Fuh nama je dah nampak ‘banyak' dengan multi-multi bagai. Ya, tu dia raja vitamin sudah mari. Entri kali ni saya ingin meng-war2 kan kehebatan MULTIVITAMIN Vitalea dari Shaklee ni.

 

Perasan tak set-set Shaklee hampir kesemuanya mesti ada Vitalea? Hahahaha.. jangan tak tau, Vitalea ni memang hebat sebab dia ada pelbagai vitamin didalam 1tablet! Nah! Betul tak  saya cakap, PELBAGAI jenis vitamin hanya dalam 1TABLET! Ia tidak hanya focus kepada 1 vitamin sahaja dalam tablet tersebut. Dah jangan buang masa, teruskan membaca.

 

Vitamin apakah yang terkandung dalam Tablet Vitalea ini?

 

Jika dilihat dari senarai dibawah, anda boleh melihat kepelbagaian vitamin yang ada dalam setiap tablet Vitalea bagi menlengkapkan diet harian anda. Badan kita tidak dapat menyerap sempurna zat-zat dari gizi makanan yang diambil, justeru Vitalea ini amat bagus diambil bagi melengkapkan diet harian tersebut.

 
Jika anda merupakan:-

1) Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
2) Individu yang hendak berdiet
3) Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
4) Remaja yang sedang membesar
5) Lelaki dan Wanita - semua peringkat umur
6) Wanita yang menopous
7) Wanita hamil
8) Wanita yang baru bersalin

 

Saya sarankan pengambilan Vitalea-Multivitamin secara konsisten. Saranan ini mengambilkira setiap keperluan tubuh anda bagi memastikan tahap kesihatan anda sekeluarga berada ditahap yang optimum.

 

Apakah kandungan fakta nutrisi yang terdapat dalam VitaLea ini?

 

* Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

 

* Vitamin D - Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

 

* Vitamin E - Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

 

* Vitamin C - Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

 

* Asid Folik - Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

 

* Vitamin B1 - Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

 

* Vitamin B2 - Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

* Vitamin B3 - Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

 

* Vitamin B6 - Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

 

* Vitamin B12 - Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

 

* Biotin - Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

 

* Vitamin B5 - Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

 

* Kalsium - Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

 

* Fosforus - Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

 

* Iodin - Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

 

* Zat Besi - Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

 

* Magnesium - Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

 

* Copper - Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

 

* Zink - Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

 

* Selenium - Selenium secara semula jadi terdapat dalam air dan beberapa makanan. Individu hanya memerlukan jumlah yang sangat kecil, selenium memainkan peranan penting dalam metabolisme, antioksidan melindungi sel dari kerosakan.

 

* Mangan - Mangan diperlukan oleh tubuh untuk enzim dan berfungsi, penyerapan nutrien, penyembuhan luka, dan perkembangan tulang. Kekurangan Mangan adalah jarang dan dapat dilihat dinyatakan dalam kesihatan yang kurang baik tulang, sakit sendi dan masalah kesuburan. Faedah kesihatan mangan termasuk mengukuhkan tulang lemah, perlindungan anti-oksidan, mengurangkan sindrom pra haid (PMS), anemia, artritis, alopecia (spot botak), dan pencegahan serangan epilepsi.

 

* Nikel - Nikel adalah mineral. Ia didapati dalam beberapa makanan termasuk kekacang, kacang kering, kacang soya, biji-bijian, dan coklat. Badan memerlukan nikel, tetapi dalam jumlah yang sedikit. Nikel ialah unsur surih biasa dalam beberapa vitamin.

Nikel digunakan untuk meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah darah besi-miskin (kurang darah), dan merawat tulang lemah (osteoporosis).

 

* Boron - Boron merupakan mineral yang terdapat dalam makanan dan alam sekitar. pengambil suplemen boron sebagai ubat. Boron digunakan untuk membina tulang yang kuat, merawat osteoarthritis, sebagai bantuan untuk membina otot dan meningkatkan tahap testosteron, dan untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan koordinasi otot.

 

* Kromium - Kromium dikenal untuk meningkatkan tindakan insulin, hormon yang penting untuk metabolisma dan penyimpanan karbohidrat, lemak, dan protein dalam badan.

berikut pula merupakan kelebihan dan manfaat dari setiap tablet vitalea..

Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga , kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap nutrisi -  Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran ( vegetarian ) dan anaemia.

Keupayaan sistem produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.

Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut , otot , kulit , kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang , jantung dan hati.

oleh itu pengambilan vitalea sangat penting didalam diet seharian kita.. lebih2 lagi bagi individu yang berkerja kerana sering gagal dalam mendapatkan nutrisi yang cukup.. saya sendiri mengalami anemia yang agak teruk semasa kehamilan yang ke 3 pada tahun 2013.. segala macam ubat dari hospital saya tak boleh telan.. hahaha.. alahan yang agak melampau sampai kena warded 3 hari la kena drips.. nak makan apa semua asyik muntah je.. bau makanan pun tak boleh.. kemudian saya amalkan vitalea 1 biji setiap hari dan alhamdulillah anemia saya semakin berkurangan.. doktor pun berpuas hati dengan result darah saya..

anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan order..

call / sms / whatsapp / wechat : 019-2229059
azlina

salam sayang

Thursday 23 October 2014

TANDA KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Posted by Unknown at 09:48 0 comments

FAKTA PENTING BAGI KOMPONEN VITAMIN B-KOMPLEKS
 

Vitamin B merupakan vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Secara amnya, makanan tambahan yang mengandungi kesemua lapan vitamin lain dirujuk sebagai vitamin B kompleks. Individu B vitamin tambahan yang disebut dengan nama yang khusus setiap vitamin (contohnya, B1, B2, B3 dan lain-lain).

 

Senarai Vitamin B

 

Vitamin B1 (thiamin)

Vitamin B2 (riboflavin)

Vitamin B3 (niacin atau niacinamide)

Vitamin B5 (asid pantotenat)

Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, pyridoxamine)

Vitamin B7 (biotin)

Vitamin B9 (asid folik)

Vitamin B12 (pelbagai cobalamins; biasanya sianokobalamin dalam vitamin tambahan)

 

TANDA KEKURANGAN VITAMIN B KOMPLEKS DALAM BADAN

* Kekurangan Vitamin B1 (Thiamin) menyebabkan beri-beri. Gejala penyakit ini sistem saraf termasuk penurunan berat badan, gangguan emosi, encephalopathy Wernicke (persepsi deria yang kurang), kelemahan dan kesakitan pada anggota badan, tempoh denyutan jantung yang tidak teratur, dan edema (pembengkakan jaringan tubuh). Kegagalan jantung dan kematian boleh berlaku dalam kes-kes maju. Kekurangan thiamin kronik juga boleh menyebabkan sindrom Korsakoff, suatu demensia yang tidak dapat dipulihkan ditandai dengan amnesia dan perundingan pampasan.

* Vitamin B2 (Riboflavin). Kekurangan menyebabkan ariboflavinosis. Gejala boleh termasuk cheilosis (retak di bibir), kepekaan yang tinggi kepada cahaya matahari, cheilitis sudut, glossitis (radang lidah), dermatitis seborrheic atau pseudo-sifilis (khususnya yang mempengaruhi skrotum atau labia majora dan mulut), sakit tekak (sakit tekak ), hyperemia, dan edema pada faring dan mukosa mulut.

* Kekurangan Vitamin B3 (Niasin), bersama-sama dengan kekurangan triptofan menyebabkan pellagra. Gejala termasuk pencerobohan, dermatitis, insomnia, lemah, kekeliruan mental, dan cirit-birit. Dalam kes-kes maju, pellagra boleh menyebabkan demensia dan kematian (3 (+1) Ds: dermatitis, cirit-birit, demensia, dan kematian).

* Vitamin B5 Kekurangan (Asid Pantotenat) boleh menyebabkan jerawat dan paresthesia, walaupun ia sesuatu yang luar biasa

* Vitamin B6 merujuk kepada sekumpulan sebatian kimia yang hampir sama yang boleh interconverted dalam sistem biologi. Vitamin B6 adalah sebahagian daripada kumpulan vitamin B kompleks, dan bentuk aktif, Pyridoxal 5'-fosfat (PLP) berfungsi sebagai kofaktor dalam banyak reaksi enzim dalam asid amino, glukosa, dan metabolisme lipid.

* Kekurangan vitamin B7 (Biotin) biasanya tidak menyebabkan gejala pada orang dewasa tetapi boleh menyebabkan pertumbuhan terganggu dan gangguan saraf pada bayi. Kekurangan karboksilase beberapa, kesalahan metabolisme bawaan, boleh membawa kepada kekurangan biotin walaupun pengambilan Biotin diet adalah perkara biasa.

* Vitamin B9 (Folik), kekurangan asid anemia yang makrositik, dan peningkatan kadar homosistein. Kekurangan pada wanita hamil boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Suplemen sering dianjurkan selama kehamilan. Para penyelidik telah menunjukkan bahawa asid folik juga boleh melambatkan kesan berbahaya dari usia pada otak.

* Vitamin B12. Kekurangan cobalamin anemia yang makrositik, homosistein yang tinggi, neuropati periferal, kehilangan ingatan dan kekurangan kognitif yang lain. Ia adalah yang paling mungkin berlaku di kalangan orang-orang tua, kerana penyerapan melalui usus menurun seiring dengan usia; penyakit autoimun anemia pernicious merupakan satu lagi tujuan yang sama. Ia juga boleh menyebabkan gejala mania dan psikosis. Dalam kes yang teruk yang jarang berlaku, boleh menyebabkan lumpuh.

(SUMBER ASAL: http://en.wikipedia.org/wiki/B_vitamins#List_of_B_vitamins)

Sumber ini telah diolah semula.

Jika anda melalui fasa-fasa seperti diatas, maka anda perlukan B Kompleks. 


di sini saya senaraikan antara kelebihan dan kebaikan b complex shaklee..

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
*
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


Anda boleh dapatkan makanan tambahan kaplet ini dari saya selaku pengedar sah shaklee anda.. anda boleh call / sms / whatsapp / wechat : 019-2229059

azlina

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Posted by Unknown at 09:41 0 comments

assalamualaikum..

Ibadat pada waktu pagi naikkan semangat bekerja, tanda bersyukur

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.

HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.
4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W. selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata:

Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur  (Bukhari)

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:

Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. (Muslim)

KELEBIHAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr r.a., daripada Nabi S.A.W., baginda bersabda:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Muslim)

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Abu Dawud)

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. (al-Tirmidzi)

kredit - http//:serambidakwah.blogspot.com

jom kita jadikan solat dhuha sebagai amalan setiap hari.. semoga apa yang kita usahan mendapat redha Allah.. wallahualam..

salam sayang..

Wednesday 22 October 2014

PENTINGNYA VITAMIN UNTUK KESIHATAN MATA

Posted by Unknown at 10:56 0 comments

mata oh mata.. mata antara deria yang paling berharga untuk kita.. untuk itu kita harus menjaga dengan sebaik mungkin.. kesihatan mata amat penting untuk kita melakukan tugas2 seharian kita.. jadi belailah ia dengan sempurna seperti mana kita sering mahukan kulit yang cantik dan badan yang menarik..  bukan suruh belai macam kita belai kucing ye.. maksud saya di sini ialah supaya kita menjaganya dengan mengambil suplement..

Penyakit Mata Seiring Pertambahan Usia
Sama seperti Anda yang terus bertambah usia, mata Anda juga mengalami penuaan. Dan jika itu terjadi, Anda akan mengalami berbagai perubahan pada penglihatan Anda Selain itu, penuaan juga membuat Anda lebih sering terkena penyakit mata yang boleh memengaruhi penglihatan Anda.

Bagaimana Mengetahui Tanda-Tanda Mata Yang Sihat?

Mata apabila dikatakan sihat umumnya dapat diketahui dari luar, dimana mata kelihatan cerah dan bersinar.
Mata yang sihat dapat diketahui, apabila dari hasil pemeriksaan ditemukan tanda-tanda sebagai berikut :

1. Kornea  benar-benar jernih dan letaknya di tengah antara kedua mata.

2. Bahagian yang putih benar-benar berwarna putih.

3. Pupil benar-benar kelihatan hitam, jernih dan akan mengecil sekiranya melihat pada sinaran yang terang.

4. Kelopak mata boleh membuka dan menutup dengan baik.

5. Bulu mata teratur dan mengarah keluar.

6. Tidak ada sebarang kotoran pada mata.

7. Tidak ada benjolan keluar pada mata.

tidakkah anda mahukan mata yang sihat seperti di atas? jika mahu anda disarankan mengambil vitamin untuk mata.Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ Carotomax ini?

Carotomax  (vitamin A)  ini secara umumnya boleh membantu:-

- kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
- kesihatan tulang
- kesihatan tisu kulit
- pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
- pembentukan membran mukus
- mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat

Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

TAPI AWAS YE
Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja).
Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

Vitamin A boleh didapati daripada sumber makanan semulajadi seperti telur, lobak merah, sayuran berdaun hijau dan lain-lain. Namun sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan supplement amatlah penting.


jom kita cuba caratomax dari shaklee untuk mata yang sihat dan membantu merawat masalah rabun.. bagi yang sememangnya mempunyai masalah rabun ia membantu anda mengekalkan tahap power kaca mata anda agar tidak perlulah anda menukar cermin mata anda pada setiap tahun.. hanya dalam 1 tablet ianya mungkin..

untuk mendapatkannya anda boleh hubungi saya selaku pengedar sah shaklee anda.. call / sms / whatsapp / wechat ke 019-2229059 azlina..

salam sayang

TEH UNTUK TENAGA DI SAMPING BERDIET

Posted by Unknown at 10:20 0 comments

satu lagi produk keluaran shaklee untuk kekal bertenaga disamping anda berdiet.. iyelah kan.. kadang2 ada di antara kita yang gemarkan minuman bergula.. elok sekiranya digantikan dengan cinch energy ni.. selain dari menurunkan berat badan ia juga dapat memberikan anda tenaga.. sangat sesuai diambil pada bila2 masa.. boleh di tambah dengan ais bagi yang gemarkan minuman sejuk..

suka saya kongsikan dengan anda tentang CINCH ENERGY TEA MIX ni ialah

- Sebagai sumber penggalak TENAGA semulajadi
- Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
- Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda ataupun manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
- TANPA GLUTEN, tanpa perisa, pewarna dan bahan PEMANIS TIRUAN
Kandungan Cinch Energy Tea Mix

Antara ekstrak utama yang ada dalam tea ini ialah :

1) Taurina

2) Matcha Green Tea : Teh hijau gred tertinggi dari Jepun

3) Red Tea Extract

4) White Tea : Teh yang menjalankan pemprosesan paling minimun

5) Rooibos Red Tea : Tumbuhan herga dari afrika ( dikenali sebagai The Miracles Tea/Long Life Tea)

Tahu tak APA PERBEZAAN teh ni dengan teh-teh yang lain yang biasa kita minum?

Mari saya ceritakan fungsi-fungsi beberapa bahan ekstrak yang ada dalam teh ini?

1) MATCHA GREEN TEA
antioksida yang sangat tinggi
energy booster
metabolisma booster
bakar kalori up to 4x
2) TAURINA

menggalakkan metabolisme
lebih bertenaga
melarutkan lemak
membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) WHITE TEA

membakar lemak-lemak berlebihan
menghalang penghasilan lemak yang tidak perlu
meningkatkan metabolisme
juga dikenali sebgai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih berbanding teh hijau
4) ROOIBOS RED TEA

melarutkan lemak
meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
agen detox yang kuat
5) RED TEA

Salah satu antioksidaan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol (pejuang kanser yang kuat)
Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
Merupakan antioksidaan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang menghalang tumor dari merebak

PELBAGAI KHASIAT CINCH ENERGY TEA MIX

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

sekiranya anda seorang yang aktif dan ingin mengekalkam shape tubuh anda saya sarankan anda mengambil cinch energy tea mix ini sebagai tambahan di dalam diet seharian anda kerana ia juha mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh..

dapatkan 1 hari ini.. caranya mudah sahaja.. anda boleh membuat pesanan melalui saya sebagai pengedar sah shaklee anda.. anda boleh call / sms / whatsapp atai wechat ke no 019-2229059.. puan azlina ye..

salam sayang dari saya..

AUTISME

Posted by Unknown at 08:58 0 comments

siang tadi saya check hp.. banyaknya msg.. hampir 2000 dari berbagai group.. salah satu group yang saya baca tu ada membincangkan topik anak autisma.. saya rasa terpanggil untuk membuat entry tentang anak autisme ni..

ciri-ciri autisme ..(credit to syueworld)

Terdapat berbagai-bagai ciri kanak-kanak yang menghidap autisme. Namun begitu, tidak seperti masalah Sindrom Down, autisme tidak dapat dikesan sebelum, semasa atau selepas proses kelahiran. Ini adalah kerana penghidap autisme tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda kelainan mereka. Ciri-ciri autisme akan mula kelihatan pada usia 18 bulan ke atas. Dianggarkan 75 peratus kanak-kanak autisme mengalami masalah kerencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius.Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak biasa lain. Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Ibu bapa seharusnya peka terhadap sebarang perubahan atau tindak balas yang berlaku pada anak mereka. Jika anak mereka masih belum bercakap atau berjalan mereka haruslah segera membuat pemeriksaan pakar perubatan. Pengesanan awal dapat dilakukan semasa proses pembesaran bayi tersebut. Secara ringkasnya antara ciri-ciri awal autisma adalah :

Tidak seperti bayi normal, sesetengah daripada penghidap autisme adalah mereka tidak gemar susu ibu. Mereka akan menolak atau menangis sekiranya ibu mereka cuba untuk menyusui mereka.
Mengalami masalah untuk tidur, dan sering terjaga pada malam dan mula menganggu orang lain disekitarnya.
Mereka tidak menunjukkan  minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
Mereka tidak mengenali ibu bapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka, semua orang sama sahaja.
Mereka tidak menunjukkan sebarang minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.
Mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
Mereka lebih suka bermain secara bersendirian berbanding bermain bersama kawan-kawan sebaya. Di  samping itu, mereka juga tidak takut apabila ditinggalkan berseorangan.
Mereka tidak suka kepada sentuhan. Sekiranya disentuh dan mereka tidak selesa dengan sentuhan tersebut, mereka akan mengeraskan badan.
Mereka lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.
Mereka gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding menyampaikan menggunakan lisan.
Selain daripada tanda-tanda awal di atas, penghidap autisme juga sering menunjukkan keganjilan dalam proses pergaulan mereka. Antara tanda-tandanya ialah :

Mereka tidak tahu memulakan pergaulan dan tidak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan.
Mereka tidak mempedulikan perasaan orang disekitar mereka.
Mereka tidak mempunyai ‘eye contact’ dengan orang lain dan sering mengelak daripada bertentangan mata semasa bercakap.
Mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak ke sana dan ke mari.
Mereka tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecederaan yang dialami.
Sesetengah daripada mereka mengalami fobia atau ketakutan terhadap air atau bunyi bising. Mereka akan menjerit ketakutan.
Mereka akan mencederakan diri sendiri sekiranya berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. Namun begitu, situasi ini jarang berlaku.
Mereka melepaskan rasa marah dan tidak puas hati dengan membaling barang.
Mereka sukar untuk memahami dan seterusnya menerima arahan yang diberikan kepada mereka.
Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal. Apabila berada ditengah khalayak ramai kita tidak dapat membezakan antara kanak-kanak autisme dan kanak-kanak biasa.Walaupun mereka begitu,namun adakalanya mereka memaparkan tingkah laku dan dan pola perkembangan yang berbeza.Apabila masalah lambat ditangani ia memberi kesan yang serius pada perkembangan kanak-kanak dalam semua bidang terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi.
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengenal pasti masalah kanak-kanak autisme di peringkat awal kerana pengesanan diperingkat awal akan memberi kesan dan pengaruh kuat pada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak autisme.
Ciri-ciri kanak-kanak autisme dapat dijelaskan lagi secara lebih terperinci mengikut ciri-ciri di bawah:

Kesukaran Dalam Interaksi Sosial
Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau. Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisma. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

Kanak-Kanak Autisme Gagal Untuk Memberi Respons
-Kanak-kanak autisme gagal untuk memberi respon apabila nama mereka dipanggil
-Tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi.
-Mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka.
-Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi.
-Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain.
Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala.
-Mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka.
-Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita.
-Tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain.
-kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta deria rasa.
-Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk

Masalah dari segi perkembangan imaginasi, pengawalan yang terhad
kanak-kanak autisme juga mengalami masalah dari segi perkembangan imaginasi, pengawalan yang terhad dalam aktiviti seharian mereka.
mereka sering melakukan pergerakan badan yang stereotaip.
mereka juga hanya bermain sesuatu yang sama sahaja dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan tanpa melakukan sebarang ubahsuai atau variasi seperti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak normal.
Ada sesetengah daripada mereka mempunyai tahap IQ yang rendah tetapi ada juga yang sebaliknya.
Terdapat sesetengah kes yang menunjukkan IQ kanak-kanak autisme berada pada tahap yang tinggi.
mereka juga gemar menggerakkan badan secara berulang-ulang contohnya menghayun tangan secara berulang-ulang, menggelengkan kepala, memetik jari, dan sebagainya.
Mereka juga lebih cenderung untuk mengenali sesuatu dengan cara menghidu atau menjilat benda tersebut

Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri:
Adakalanya kanak-kanak ini memeriksa bahagian-bahagian anggotanya seperti kaki dan tangannya seolah-olah benda itu baru dan pelik.Proses ini berjalan sehingga ke peringkat remaja.
Gemar membuang masa pada sesuatu objek dan tidak menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
Suka membawa pelbagai objek ke sana sini.Menunjukkan kemarahan yang amat sangat apabila objek yang dibawahilang.
Sangat menyayangi sesuatu objek yang disukainya.
Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
Permainan yang aneh seperti memusing objek,menggoyangkan tali,menggoncang objek di dalam tin,mengoyak kertas dan sebagainya.

Tidak suka kepada persekitaran yang berubah dan suka kepada   kesamaan dari    semua aspek.
Sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin contohnya menukar pakaian,makanan atau mengubah jalan.
Menolak penerimaan belajar perkara-perkara yang baru.
Menunjuk kemarahan jika perabot-perabot dalam rumah di ubah-ubah.
Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.

Masalah tingkah laku
Aktif tetapi berperangai pelik kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon.
Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.

Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

Mereka didapati lemah dalam pertuturan antara masalah pertuturan yang sering di hadapi oleh kanak-kanak autism adalah masalah lambat memulakan pertuturan, tiada babbling , gerak laku, isyarat dan percakapan, tidak menggunakan isyarat dalam perbualan semulajadi dan mereka selalu bercakap tentang sesuatu yang tidak difahami oleh orang-orang di sekelilingnya.

TUNGGU!!!!!!

Ada insan yang berjaya walau pengidap Autism yer...sila skroll bwh!!

.............
...............
...........................
....................................
...........................................
TADAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Albert Einstain - Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang anak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.
Temple Grandin- 100 orang paling berpengaruh di dunia versi majalah Time pada tahun 2010, untuk kategori 'Heroes'.
Axel Brauns- adalah seorang penulis dan penerbit filem kelahiran Hamburg,
Satoshi Tajiri - pereka karton POKEMON hokayyyyy!! Sejak kecil hingga remaja, Tajiri sangat tergila-gila dengan arcade games. Beliau sangat meminati video game
Mohd Daniel Zainuddin -- pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik, yang juga penghidap penyakit autisme berjaya mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Alhamdulillah..setiap ciptaan Allah SWT ada keistimewaan mereka tersendiri...masyaAllah!!!!

CERITA MENARIK

 

KeLuARgA Ku CeRiA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea