Wednesday 29 October 2014

TESTIMONI

Posted by Unknown at 10:24 0 comments

kehamilan seringkali di kaitkan dengan sembelit.. kebanyakan ibu hamil selalunya akan melalui fasa sembelit di mana bakal ibu mengalami kesukaran membuang air besar.. perkara ini memang amat menyeksakan.. yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana seksanya terasa..

namun tidak bagi saya.. kerana saya mengamalkan supplement semulajadi yang selamat dari shaklee iaitu ostematrix.. kandungan magnesiumnya membantu melawaskan dan membuatkan pembuangan menjadi lancar..

hanya dengan pengambilan 4 kapsul sehari sebelum tidur dan pembuangan lancar keesokkan harinya.. masalah sembelit dapat di atasi..

si sini juga saya sertakan testimoni pengguna ostematrix ketika hamil.. sekiranya anda tidak hamil jangan risau... supplement ini sesuai untuk semua peringkat umur dari 7 tahun hingga ke warga emas.. malah jika tiada sembelit pun pengambilan kalsium sangat digalakkan.. lebih2 lagi bagi kaum wanita yang semakin meningkat usia.. semakin usia kita meningkat kita akan kehilangan kalsium setiap hari..

bagi yang tidak gemarkan susu seperti saya amat sesuai mengambil kalsium dalam bentuk tablet seperti ini kerana ianya lebih selamat.. tiada pewarna mahupun perasa tiruan..

sukar menelan pil? jangan bimbang sebab tablet kalsium ni mudah ditelan sebab ia licin.. tak de la sangkut2 kat kerongkong.. lancar je masuk lam perut.. hehehe.. saya la tu orang yang susah nak telan pil.. tapi dengan ostematrix shaklee ni tak de masalah ye.. memang mudah..

jom la grab 1 untuk anda.. bagi hadiah kat ibu atau bapa pun ok jugak.. dah berusia memang sering sakit2.. untuk kesihatan mereka juga.. insan yang bersusah payah membesarkan kita selama ni.. tanpa mereka tiada la kita pada hari ini..

sekiranya anda berminat boleh hubungi saya selaku penhedar sah shaklee anda melalui no 019-2229059.. puan azlina.. boleh call / sms / whatsapp / wechat.. mana2 je yang mudah dan jimat bagi anda.. talian saya aktif 24 jam.. semestinya setiap pembelian akan disertakan dengan exclusive consultation.. khas untuk customer saya..

salam sayang..

Monday 27 October 2014

SEMOGA SELAMAT MELAHIRKAN

Posted by Unknown at 10:58 0 comments

assalamualaikum..

28/10/2014
01:24

di kesempatan ini saya nak ucapkan semoga adik ipar saya Aiyu Suryani selamat melahirkan bayi sulungnya di hospital segamat..

belum pun setahun beliau kahwin dan nak lahirkan anak ye.. tu namanya rezeki dari Allah Taala.. bunting pelamin.. angah dulu nak dapatkan danish setahun lebih mencuba.. nak dapatkan si arissa pulak 5 tahun.. tapi kalau Allah kata dia nak bagi kita tak mintak pun kita dapat.. arissa blom setahun pun dah lekat si adik Lu'lu jannah ni.. tu semua rahsia Allah..

selama 9 bulan mengandungkan zuriat azrin saya pasti beliau melalui banyak rintangan.. rasa sakit.. rasa tidak selesa.. kesukaran bernafas.. tiada selera makan.. keinginan atau mengidam sesuatu.. sukar bergerak.. sukar untuk tidur.. macam2 lagi la.. ibu2 yang hamil je yang mengetahui macam mana rasa segala dugaan tu.. namun kata orang dugaan tu sebagai penghapus dosa.. besar ganjaran bagi ibu yang mengandungkan zuriat suaminya..

semoga Allah permudahkan segala urusan aiyu dan suami serta selamat both mummy and baby..

nanti berpantang tu betul2 tau.. jangan nak culas plak.. bukan untuk siapa pun.. untuk diri sendiri ngan suami jugak.. angah ni kalau ada pilihan nak sangat berpantang cara orang kampung.. tapi apakan daya.. bersalin pun kena ceaser.. kat bandar plak tu.. segala macam bahan, rempah, rumput rampai bagai mana nak cekau.. berurut pun bukan bleh suka2.. ni lu'lu dah setahun setengah baru sekali angah berurut.. wat syarat je..

bab makan plak kena pantang gak.. jangan jadi cam angah.. main bedal je.. bila sakit2 badan mula la nak nangis.. kak cik la kena urut angah masa pantangkan si danish.. masa tu cetek akal lagi.. pegi belasah kobis siapa suruh kan.. konon kuat la.. tapi tak pe kak cik ko kan tukang urut.. muahahahaa.. nanti bila ayu dah abis pantang angah buatkan kek coklat moist tu lagi ye.. jangan risau banyak lagi masa.. take time.. dalam pantang tu masa untuk spent time ngan baby.. kek tu bila2 masa je boleh dapat..

kalau ada rezeki angah pegi melawat ayu lam pantang nanti angah bawak la kek tu.. ayu tengok je la dulu ye.. hahaahah.. jangan marah tau..

ok la.. angah nak tido la.. si kecik ni dah berapa kali merengek.. berdebar angah tunggu ayu bersalin.. teruja..

selamat melahirkan.. selamat berpantang.. kitorang nak makan sedap2 nanti.. kehkehkeh..

miss u ya.. take care..

salam sayang..

SET UNTUK PELAJAR

Posted by Unknown at 10:13 0 comments

assalamualaikum adik2 dan pembaca semua..

adakah anda seorang pelajar atau ibu / bapa kepada pelajar ataupun kakak / abang kepada seorang pelajar? setiap dari kita yang bergelar pelajar memang menggalas tanggungjawab yang besar.. sudah tentu untuk membahagiakan dan membanggakan kedua ibu bapa kita dan insan2 tersayang di sekaliling kita..

sebagai seorang pelajar kita tidak akan dapat lari dari mengalakan tekanan atau lebih dikenali sebagai stress (kata muda mudi zaman sekarang.. english kan bahasa yang sangat penting sekarang ni).. seringkali juga para pelajar tidak mendapat tidur yang cukup dek kerana menyiapkan assignment yang semakin suntuk waktunya untuk dihantar kepada pensyarah.. bukan satu atau dua.. kadang2 mencecah 3 atau 4 assignment.. masa yang diberikan juga kadangkala amat terhad.. maunya tak stress..

oleh kerana assignment yang bertubi tubi minta disiapkan kadangkala otak pun jadi tepu.. sampai 1 tahap tak tahu nak tulis apa.. puas memikir apakah idea atau point yang sesuai untuk dijadikan bahan assignment.. memang menguji perasaan.. hehehe.. saya pun pernah mengalaminya suatu ketika dulu..

di sini saya sarankan anda sebagai pelajar atau penjaga kepada sorang pelajar mengambil set untuk pelajar.. tak banyak.. ada 2 je.. gabungan ini sangat sesuai untuk mengatasi mood swing dan meningkatkan tahap kecerdasan otak..

set yang saya maksudkan terdiri daripada lecithin yang berperanan meningkatkan tahap kecerdasan pada otak dan vitamin b complex yang berperanan mengawal mood swing atau stress anda.. semestinya produk terbaik dari shaklee..

untuk mendapatkan set ini anda boleh menghubungi saya di talian 019-2229059.. puan azlina.. anda boleh call / sms / whatsapp / wechat.. pm saya segera untuk mendapatkan set anda..

salam sayang

SET UNTUK TIDUR LEBIH LENA

Posted by Unknown at 09:43 0 comments

assalamualaikum.. untuk entry kali ini saya nak share dengan pembaca semua tentang tips2 untuk mendapatkan tidur yang lena..

7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena

Masalah tidur selalunya dihadapi oleh golongan dewasa atas faktor umur dan persekitaran. Tidur yang tidak berkualiti akan menjeaskan aktiviti seharian kerana ia menyebabkan kita berasa cepat letih dan lesu serta tidak bermaya.

Terdapat pelbagai faktor yang dapat menganggu tidur yang nyenyak seperti tekanan di tempat kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga, masalah perhubungan atau penyakit. Sebab itu tidur yang berkualiti kadangkala sangat susah untuk diperolehi.

Walaupun kita tidak dapat mengawal segala faktor yang menggangu tidur, kita boleh melakukan tabiat yang dapat membantu tidur yang lena, bermula dengan tips seperti berikut:-

1. Pilih untuk tidur secara berjadual

Masuk tidur dan bangun dari tidur pada masa yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu dan hari cuti! Menjadi konsisten akan mengukuhkan kitaran tidur-bangun anda dan dapat membantu ke arah tidur yang lebih nyenyak. Jika anda tidak dapat tidur dalam masa lebih kurang 15 minit, bangunlah dan lakukan sesuatu yang menenangkan. Pergi masuk tidur semula apabila anda berasa letih. Jangan memaksa diri untuk tidur kerana semakin dipaksa, ia akan menjadi semakin sukar untuk terlelap.

sleep1 7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena

2. Beri perhatian terhadap apa yang anda makan dan minum

Jangan masuk tidur dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang. Ketidakselesaan anda mungkin akan menyebabkan ada terus berjaga. Juga hadkan kuantiti minuman yang diminum sebelum tidur, untuk menghindari gangguan tidur tengah malam iaitu sering berulang-alik ke tandas.

Nikotin, kafein dan alkohol perlu juga diberi perhatian. Kesan rangsangan nikotin dan kafein — yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang  — boleh merosakkan tidur yang berkualiti. Dan walaupun alkohol mungkin dapat membuatkan anda berasa mengantuk pada awalnya, ia dapat menggangu tidur pada waktu tengah malam.

3. Lakukan aktiviti ritual sebelum tidur

Lakukan perkara yang sama setiap malam untuk memberitahu tubuh anda bahawa sudah tiba masanya untuk berehat. Ini mungkin termasuklah mandi, membaca buku, atau mendengar muzik yang menenangkan  — dengan lampu yang malap atau dipadamkan terus. Aktiviti yang menenangkan boleh membantu tidur yang lebih baik dengan meringankan peralihan diantara terjaga dan mengantuk.

Tetapi, waspada dengan menggunakan TV atau alatan elektronik yang lain sebagai ritual sebelum tidur anda. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa skrin, dan media lain yang digunakan sebelum tidur boleh menggangu tidur.

4. Pastikan keselesaan

Cipta bilik tidur yang sesuai untuk tidur. Lazimnya, ini bermakna bilik yang nyaman, senyap dan gelap. Cuba pertimbangkan untuk menggunakan langsir yang boleh menggelapkan bilik, kipas angin dan alatan lain yang dapat mencipta susana yang sesuai dengan keperluan anda.

Tilam dan bantal anda juga dapat membantu ke arah tidur yang lebih baik. Pilih bantal, selimut, tilam, cadar yang dirasakan paling selesa untuk anda. Jika berkongsi katil, pastikan terdapat ruang yang mencukupi bagi kedua-duanya. Jika anda mempunyai anak-anak atau haiwan peliharaan, tetapkan had mengenai seberapa kerap mereka boleh tidur dengan anda atau pun pilih untuk asingkan tempat tidur mereka.

5. Hadkan masa tidur siang

Tidur siang yang berpanjangan dapat menggangu tidur malam anda — terutamanya jika anda menghidapi insomnia atau tidur yang tidak berkualiti. Jika anda memilih untuk tidur di siang hari, hadkan masanya ke 10 atau 30 minit dan lakukannya semasa tengahari.

Jika anda bekerja pada waktu malam, anda perlu membuat pengecualian terhadap peraturan untuk tidur siang. Dalam kes ini, pastikan tingkap anda ditutup rapat supaya cahaya matahari tidap menggangu tidur anda ketika waktu siang.

6. Masukkan aktiviti fizikal ke dalam rutin harian

Aktiviti fizikal secara kerap dapat membantu tidur yang lena, membantu anda tidur dengan lepih cepat dan menikmati tidur yang nyenyak. Masa juga mamainkan peranan yang penting. Jika anda bersenam hampir dengan masa tidur, anda mungkin akan berasa terlalu bertenaga untuk tidur. Jika ini menjadi satu permasalahan kepada anda, bersenamlah pada waktu awal hari.

7. Uruskan tekanan

Jika anda mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, tidur anda pasti akan terganggu. Untuk membantu mengembalikan semula ketengan dalam hidup, cuba pertimbangkan cara yang sihat untuk menguruskan tekanan. Benarkan diri anda untuk berehat apabila anda memerlukannya. Kongsi jenaka bersama rakan-rakan. Sebelum tidur, catakan apa yang berda dalam fikiran anda da

Sumber: 7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena - Fuh.My

** tambahan : di sini saya juga nak tambah satu lagi tips untuk anda mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.. lebih2 lagi bagi mereka yang sentiasa mempunyai kekangan waktu untuk melakukan aktiviti ritual mahupun memberi perhatian kepada apa yang kita makan..

selalunya jika anda mengalami sakit2 badan pasti anda akan mengalami kesukaran untuk tidur dan pastinya akan membuatkan anda kekurangan tenaga pada keesokkannya..

saya sarankan anda mengambil kalsium dan vitamin b complex.. pilihan saya semestinya shaklee kerana ianya selamat dah lebih semulajadi.. anda boleh mengambil 4 biji ostematrix shaklee bersama 2 biji b complex shaklee..  fungsi ostematrix adalah untuk memberikan anda rasa selesa dan mengurangkan rasa sakit2 pada bahagian tubuh badan.. b complex pula berperanan untuk memberikan anda tenaga apabila anda bangun tidur pada keesokkan hari.. tak percaya? cuba dulu baru tahu... saya dah cuba.. memang sangat terasa perbezaannya.. rasa segar je waktu bangun tidur dan bertenaga untuk melakukan rutin harian saya sebagai surirumah sepenuh masa..

berminat? boleh hubungi pengedar sah shaklee anda atau hubungi saya selaku pengedar sah shaklee anda di 019-2229059.. puan azlina..

salam sayang

PENTINGNYA KESIHATAN GIGI

Posted by Unknown at 01:38 0 comments

Berapa ramai di antara kita yang risau jika terlupa menggunakan floss sebelum tidur? Berapa ramai pula yang tahu bahawa sebaik sahaja bayi anda telah mendapat gigi pertamanya, dia sepatutnya dibawa berjumpa dengan doktor gigi? Berapa ramai yang menyangka bahawa mulut dan gigi mereka sihat bila mana mereka tidak mengalami sebarang kesakitan mulut ataupun gigi? Sejauh mana sebenarnya pengetahuan asas anda tentang kesihatan oral (mulut dan gigi)?

Tidak dinafikan, kesihatan mulut dan gigi jarang mendapat perhatian kita  berbanding bahagian badan yang lain. Kita sering ‘terlupa’ kehadiran gigi walaupun kita menggunakannya setiap hari, sehinggalah kita tersedar ‘kehadiran’ nya bila berlaku sesuatu pada gigi kita. Tatkala itulah baru gigi mendapat perhatian khusus dan sejumlah wang yang besar sanggup dikeluarkan untuk merawat gigi.


Fenomena sebegini tidak asing lagi dalam masyarakat kita di Malaysia dan ini mencerminkan kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya kesihatan gigi. Samada kesedaran individu mahupun peranan kerajaan dalam menyebarkan kempen dan menyediakan prasarana, semua pihak sepatutnya memainkan peranan masing-masing. Apa kata, anda yang sedang meneliti artikel ini mulakan dengan diri sendiri untuk mempraktikkan penjagaan oral yang optimum, dan selepas itu sebarkan kesedaran kepada orang sekeliling, dan yang penting menerapkan kepentingan kepada anak-anak kita sejak usia yang mentah. Lenturlah buluh sejak dari rebungnya.

Untuk pengetahuan anda, dengan penjagaan oral yang baik, anda kemungkinan besar dapat mengelak dari menjalani prosedur menampal gigi dan cabutan gigi untuk seumur hidup anda! Ya, untuk hidup seumur hidup anda bebas dari sebarang tampalan gigi; sesuatu yang bukan mustahil. Bunyinya menarik bukan? Siapa yang suka debaran berjumpa doktor gigi dan kemudian terpaksa pula membayar jumlah yang mahal untuk temujanji yang menyeksakan itu.

Untuk itu, berikut saya senaraikan tips penjagaan oral yang mudah, efektif, dan praktikal untuk dilakukan sendiri setiap hari.


Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda

Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk  membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.  Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!
Penting untuk tahu bahawa bahagian yang paling penting untuk diberus adalah kawasan sempadan gigi-gusi kerana di situlah bakteria berkumpul dan membentuk plak. Kerana itulah cara yang direkomendasi adalah untuk menghalakan berus 45 darjah ke arah gusi,  manakala gerakan memberus secara melintang tidak digalakkan kerana anda tidak dapat memastikan kawasan sempadan gusi ini dibersihkan walaupun anda memberus dengan semangat berkobar-kobar sampai gusi pun berdarah.

Anda sangat sukakan mouthwash dan merasakan gigi anda sangat bersih setelah berkumur dengan mouthwash, dan tidak dapat hidup tanpanya? Hati-hatilah, ada banyak kajian yang menunjukkan kandungan alkohol di dalam moutwash (peratusannya lebih tinggi dari alkohol di dalam beer atau wine!) ada kaitan dengan kanser mulut. Dan tiada pula kajian yang dapat mengaitkan penggunaan mouthwash dengan peningkatan kesihatan mulut kerana perkara utama adalah membersihkan gigi dengan memberus dan flossing. Bagi kita yang beragama islam pula, harus diketahui bahawa kandungan alkohol di dalam mouthwash adalah dari jenis yang boleh memabukkan, dan kita dilarang walau meminum setitik ‘arak’, jadi bagaimana untuk kita menggunakan mouthwash tanpa was-was? Jika terlalu bergantung dengan mouthwash, saya sarankan penggunaan mouthwash tanpa kandungan alkohol.

Mungkin tidak terlambat untuk saya berkongsi artikel dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Mei tentang kajian yang mengaitkan kesihatan mulut yang rendah dengan penyakit jantung. Kajian itu bukanlah yang pertama seumpamanya, dan fakta itu adalah sesuatu yang kukuh dan sudah establish di kalangan pengamal pergigian.

Pesanan dari saya, jagalah kesihatan gigi anda!


Dr Aini Hayati bt Abdul Rahim
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang

tambahan: si samping menjaga kebersihan dan kesihatan mulut dan gigi pengambilan kalsium sangat digalakkan.. kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kerosakan pada gigi.. begitu juga bagi ibu hamil.. ibu hamil sangat di galakkan mengambil kalsium kerana pembentukan tulang bayi memerlukan kalsium.. sekiranya si ibu kekurangan kalsium akan menyebabkan si ibu mengalami kesakitan pada gigi dan boleh menyebabkan gusi berdarah..

bagi anda yang sukar meminum susu anda sangat di galakkan mengambil kalsium dalam bentuk tablet.. ostematrix shaklee merupakan kalsium yang di keluarkan khas.. selain itu ia juga mengandungi magnesium yang membantu anda melawaskan pembuangan.. tiada lagi sembelit lebih2 lagi bagi ibu hamil dan berpantang..

sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kalsium untuk kesihatan gigi dan tubuh badan anda boleh hubungi saya.. 019-2229059.. puan azlina..

jangan berlengah lagi kerana kalsium sangat penting buat kita.. dapatkannya segera.. untuk diri sendiri.. untuk ibu bapa.. untuk adik beradik ataupun saudara mara..

salam sayang..

Sunday 26 October 2014

APA ITU PENYAKIT SLE

Posted by Unknown at 21:29 0 comments

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE):

Panduan untuk Pesakit

Fakta Ringkas
Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:
Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
Siapakah Yang Mendapat SLE?
Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.
Adalah dianggarkan di Amerika Syarikat seorang dalam 2,000 mengidap SLE. Di Jamaica pula di anggarkan seorang dalam 250 orang mengidap SLE. Setakat ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang statistik untuk pengidap SLE. Ini adalah disebabkan SLE mempunyai pelbagai gejala dan melibatkan pelbagai disiplin, akibatnya penyakit ini amat sukar untuk dikesan.

Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.

Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
Demam, keletihan, dan penurunan berat badan

Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu

Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung

Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari

Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan

Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)

Sawan, strok dan gangguan mental
Risiko untuk mendapat darah beku
Kerap keguguran bayi

Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang

Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut

Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Bagaimana Untuk Mengesan SLE?
Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.

Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilapurkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosa yang tepat.

Tidak ada satu sahaja kajian untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat. Malah ianya memerlukan beberapa ujian darah dan air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh. Kebanyakan pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear. Namun demikian ada penyakit auto-imun dan jangkitan lain juga mempunyai antibodi antinuklear. Kadang kala orang yang sihat juga mempunyai antibodi antinuklear.

Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE.
Biopsi ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosa SLE dan ini dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu organ yang terlibat misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya. Ada juga sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid). Jika seorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini, terutama pesakit wanita yang hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi. Kesemua ujian-ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu membuat diagnosa. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosa SLE.

Selain itu, ujian biasa yang selalu dilakukan untuk memantau perkembangan penyakit SLE adalah “FBC” (Full Blood Count), “blood chemistry”, “ESR” (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting. Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil “complement”. Keputusan ujian darah “ESR” bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras “complement” darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare). Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ-organ lain yang terjejas.

Bagaimanakah SLE boleh dirawat?
Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

sumber dari : www.lupusmalaysia.org

VIVIX SI TONIK AJAIB

Posted by Unknown at 21:02 0 comments

apa itu vivix?

Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi.

Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix, iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wain merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim).

siapa pula yang memerlukan vivix...
Antara golongan yang memerlukan VIVIX ialah

- yang mengidap kanser atau yang berisiko mendapat kanser

- pengidap kencing manis / diabetes
pengidap darah tinggi

- SLE

- gout

- Nyanyuk

- yang ada masalah jantung

- kolesterol tinggi

- perokok tegar

- ketagihan alkohol

- ketagihan dadah

- masalah pengllihatan

- strok / angin ahmar

- wanita yang mengidap cyst

- ketahanan badan yang lemah

- anti-penuaan / mereka yang tampak berusia dari usia sebenar / awet muda

- pengidap asma

- yang ingin menurunkan berat badan
masalah sendi / tulang

- masalah saraf

sekiranya ada di antara anda atau ibu bapa atau saudara mara yang mempunyai masalah ini cepatlah bertindak. Jangan biarkan masalah ini menyekat pergerakan dan kegembiraan mereka. Gembirakan lah mereka sementara mereka masih ada. vivix ini hanyalah sumbangan kecil untuk ibu dan ayah kita yang bersusah payah menjaga dan mendidik serta membesarkan kita dari kecil lagi.

Pencegahan awal sangat lah digalakkan.

berminat boleh call / sms / whatsapp / wechat : 019-2229059  puan azlina

salam sayang..

CERITA MENARIK

 

KeLuARgA Ku CeRiA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea